Sekolah guna khidmat anjing pengesan hidu pelajar hisap vape

Comments · 116 Views

LONDON – Sebuah sekolah menengah di Britain akan menggunakan khidmat anjing pengesan untuk membanteras pelajar yang menghisap rokok elektronik (vape) di kawasan sekolah, lapor portal berita MailOnline semalam.

Langkah sedemikian dilakukan oleh City of Norwich School dalam usahanya memerangi isu penggunaan rokok elektronik yang semakin berleluasa dalam kalangan kanak-kanak bawah umur.

Selain itu, pihak sekolah turut memasang alat pengesan rokok elektronik di dalam tandas, menambah liputan sistem televisyen litar tertutup (CCTV), memeriksa poket dan beg pelajar serta menambah kakitangan peronda.

“Seperti sekolah-sekolah lain, kami menyedari kesan penggunaan rokok elektronik dan bahan-bahan terlarang lain terhadap kesihatan dan tingkah laku pelajar.

“Kami sedar ini adalah cabaran yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, kami mahu mengambil langkah proaktif untuk mengatasinya,” kata seorang jurucakap sekolah.

Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak pada minggu ini mengumumkan larangan ke atas rokok elektronik pakai buang di seluruh negara untuk melindungi kesihatan pelajar dengan mengelakkan mereka  daripada menajdi ketagih seumur hidup. – AGENSI

Comments