Isteri pertama pinang sahabat baik untuk jadi madu

Comments · 241 Views

MELAKA - Seorang mutawif menerima hasrat isterinya untuk meminang isteri kedua sebelum majlis pernikahan mereka diadakan di sebuah masjid pada 24 Disember lalu.

Mohd Loqman Mohd Salleh, 38, dari Kampung Kolam Limbongan, berkata, isteri keduanya merupakan sahabat kepada isteri pertama dan mereka telah lama berkawan baik.

Mohd Loqman meletakkan tangan di atas kepala isteri-isterinya selepas akad nikah.

Mohd Loqman meletakkan tangan di atas kepala isteri-isterinya selepas akad nikah.

Katanya, selama 12 tahun melayari perkahwinan dengan isteri pertama Mohd Loqman mengakui bahagia malah mereka juga dikurniakan tiga orang cahaya mata berusia 11 hingga empat tahun.

"Nasihat saya kepada lelaki yang ingin berpoligami bercakap benar, insya-ALLAH akan kekal hingga ke Jannah," katanya ketika dihubungi di sini, pada Khamis.

Mohd Loqman bersama kedua-dua isterinya selepas majlis pernikahan di sebuah masjid pada 24 Disember lalu.

Mohd Loqman bersama kedua-dua isterinya selepas majlis pernikahan di sebuah masjid pada 24 Disember lalu.

Tambahnya, pada majlis akad nikah itu isteri pertama turut hadir mengenakan jubah berwarna putih sedondon dengan isteri kedua.

Comments