Mark Zuckerberg Usaha Ternakan Lembu Wagyu & Angus Di Hawaii, Haiwan ternakan mereka diberi makan kacang dan bir

Comments · 437 Views

Selepas Meta, Mark Zuckerberg Buka Ladang Lembu Wagyu Di Hawaii Pemilik Meta, Mark Zuckerberg dilapor sedang mengusahakan ternakan lembu berkualiti tinggi, jenis wagyu dan anggus.

Perkara berkenaan telah dikongsikan Mark menerusi hantaran di Facebook miliknya, dua hari lepas.

Menurut Mark, ternakan lembu berkenaan diusahakan di sebuah ladang yang terletak di Koolau Ranch di Kauai, Kepulauan Hawaii.

Katanya lagi, tujuan ladang itu dibuka adalah untuk menghasilkan daging lembu berkualiti tinggi di dunia.

Kami mula menternak lembu di Koolau Ranch di Kauai, dan matlamat saya adalah untuk menghasilkan daging lembu berkualiti tinggi di dunia.

Lembu-lembu itu adalah jenis wagyu dan angus. Haiwan ternakan ini diberi makan kacang macadamia dan minum bir yang kami tanam dan hasilkan di ladang ini, katanya lagi.

Menurut Mark, mereka mahu menjadikan operasi ternakan di ladang berkenaan menjadi setempat dan bersepadu.

Banyak ekar tanah digunakan untuk menghasilkan macadamia yang banyak

Dalam pada itu, Mark juga mendedahkan bahawa mereka memerlukan kawasan penanaman kacang macadamia yang luas.

Katanya lagi, mereka memerlukan bekalan besar kacang berkenaan sebagai stok ternakan-ternakan tersebut.

Setiap seekor lembu makan antara 5,000 hingga 10,000 paun makanan setiap tahun, jadi banyak ekar pokok macadamia yang perlu ditanam.

Anak perempuan saya turut membantu menanam pokok-pokok kacang ini dan menjaga ternakan bersama-sama, katanya.

Ujar Mark, walaupun ternakan yang diusahakan masih di peringkat awal, namun mereka sekeluarga gembira menikmati pengalaman tersebut.

Daripada semua projek yang pernah saya buat, ini yang paling sedap, kata Mark di hujung hantaran itu.

Mark kemudian turut berkongsi sekeping gambar stik yang sedang dinikmatinya.

BACA: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: Facebook/Mark Zuckerberg

Comments